• Main
  • News

Info Semasa

Info Semasa

INFO SEMASA

KENYATAAN MEDIA JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH

KEBENARAN PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU DI SELURUH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Menjunjung titah perintah KDYMM AI Aminul Karim Tuanku SultanSallehuddin lbni Al Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman mengenai Kebenaran Pengimarahan Masjid Dan Surau Di Seluruh
Negeri Kedah Darul Aman maka dengan ini dimaklumkan bahawa:

1. KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT:
(i) Bilangan jemaah yang dibenarkan adalah sekurang-kurangnya EMPAT PULUH (40) ORANG yang memenuhi syarat wajib Jumaat; dan
(ii) Jumlah maksimum jemaah adalah berdasarkan KELUASAN MASJID dan KEMAMPUAN JAWATAN KUASA KARIAH.
(iii) Gugur kewajiban mendirikan Solat Jumaat (tidak berdosa) ke atas mana mana jemaah yang tidak tersenarai dalam pelaksanaan Solat Jumaat kerana termasuk dalam "keuzuran" dan hendaklah menggantikannya dengan solat Zohor.

2. SOLAT FARDH U BERJEMAAH :
(i) Semua masjid dan surau dalam Negeri Kedah dibenarkan untuk mendirikan solat fardhu berjemaah; dan
(ii) Jumlah jemaah adalah berdasarkan KELUASAN MASJID I SURAU dan KEMAMPUAN JAWATAN KUASA.

3. AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU
(i) Lafaz "صلوا في بيوتکم "dalam laungan azan dikembalikan kepada lafaz "حي على الصلاة " "حي على الفلاح";
(ii) Pengajian al-Quran dan kuliah agama dibenarkan selepas solat Maghrib dan Subuh tidak melebihi 30 minit; dan
(iii) Masjid /surau hendaklah menyediakan ruang solat untuk orang yang bermusafir.

4. SOLAT SUNAT AIDIL ADHA TAHUN 1441H
(i) Semua masjid dan surau dalam Negeri Kedah Darul Aman dibenarkan untuk mendirikan Solat Sunat Aidil Adha; dan
(ii) Jumlah jemaah adalah berdasarkan KELUASAN MASJID / SURAU dan KEMAMPUAN JAWATAN KUASA.

5. IBADAH KORBAN TAHUN 1441H
(i) Pelaksanaan ibadah korban adalah dibenarkan;
(ii) Jumlah kehadiran peserta pada satu-satu masa tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat dengan mengelakkan elemen sesak, sempit dan sembang dekat (3S);
(iii) Agihan daging korban kepada peserta dan fakir miskin serta lain-lain boleh dilaksanakan dengan mengamalkan penjarakan sosial; dan
(iv) Sebarang bentuk majlis jamuan dan kenduri tidak dibenarkan.

6. PEMATUHAN PROSEDUR OPERAS| STANDARD (SOP)
Semua perkara 1, hingga 5 yang dinyatakan di atas hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal
Ehwal Agama lslam Negeri Kedah (JHEAIK).

7. TARIKH KUAT KUASA
Tarikh kuat kuasa mulai 19 Jun 2020 bersamaan 27 Syawal I44I.

Disahkan oleh:

DATO' PADUKA SYEIKH FADZIL BIN HAJI AWANG,
DPSS., DSDK., AMK., BCK.
Mufti Negeri Kedah DarulAman.

Tarikh: 16 Jun 2O2O bersamaan 24 Syawal 1441

MEMBINA GENERASI ISLAM RABBANI
KECEMERLANGAN KETAQWAAN KEREDHAAN

#ThanksHealthHeroes
#staysafe
#SosialDistanching